Wednesday, February 17, 2010

DARIKU RATU SEPI


Jangan engkau tikam rindumu dengan belati putih
kelak kau akan kehilangan kasih
sekalipun kau himpun sayap merpati
menerbangkan kenangan-kenangan
yang runtuh dicela ingatan.

Jangan kau benamkan tangis ke lembah waktu
yang telah lama kau tinggalkan
sedarlah...,ilusi itu menghalusi firasat
dan menghimpit segala rasa
yang tersembunyi di pentas silam.

Tiada yang mampu menebarkan debar melainkan sabar,
yang muncungnya menghujung jantung
sampai bila-bila.....

Wednesday, December 2, 2009

NASIHAT MENDIDIK HAWA




Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dariNya. JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR. JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN, NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, disitulah suisnya.

AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DENGAN ILMU. HATI SEPARUH KACA, KUATKAN DENGAN IMAN. PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DENGAN AKHLAK. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak menjadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau women gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan. Kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja - negarawan, karyawan, jutawan dan ‘wan-wan’ yang lain. Tidak akan lahir superman tanpa superwoman. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkannya. LEBIH RAMAI LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN DARIPADA PEREMPUAN YANG DIROSAKKAN OLEH LELAKI. SEBODOH-BODOH PEREMPUAN PUN BOLEH MENUNDUKKAN SEPANDAI-PANDAI LELAKI.

Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan secretary, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri. Bila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharapkan ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepadaNya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah kepimpinan kita.

JANGAN MENGHARAPKAN ISTERI SEPERTI SAYYIDATINA FATIMAH RA, KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYYIDINA ALI RA…

Saturday, May 30, 2009

YANG KITA RINDUKAN

Buat Sahabat-sahabat....

Yang kita rindukan
Adalah ucap kata yang dikotakan
Adalah ucap janji yang ditunaikan
Kemudian menjadi seberkas harapan pembilang kehidupan
Di sepanjang perjuangan.

Yang kita rindukan
Langkah-langkah yang sebati
Di nurani akrab salam
Seorang ketua jujur dan bertutur kata lurus
Dalam rebut
Dalam kabut
Kehidupan.

Yang kita rindukan
Adalah kedamaian hijrah
Di balik tabir debu
Yang kerap kali mengusung jiwa
Menuju satu destinasi pertemuan

Yang kita rindukan
Adalah kejap yang rapat
Lekat dan dekat di hati sebelum menutup mata

Yang kita ridukan
Adalah nafas suci anak-anak
Yang dihembus
Apabila kita sudah tiada

Hikmah Meninggalkan Bicara BOHONG



Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan pada suatu hari ada seorang telah datang berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. kerana hendak memeluk agama Islam. Sesudah mengucapkan dua kalimah syahadat, lelaki itu lalu berkata :
"Ya Rasulullah. Sebenarnya hamba ini selalu sahaja berbuat dosa dan payah hendak meninggalkannya." Maka Rasulullah menjawab : "Mahukah engkau berjanji bahawa engkau sanggup meninggalkan berkata bohong?"
"Ya, saya berjanji" jawab lelaki itu singkat. Selepas itu, dia pun pulanglah ke rumahnya.

Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat terkenal sebagai seorang yang jahat. Kegemarannya hanyalah mencuri, berjudi dan meminum minuman keras. Maka setelah dia memeluk agama Islam, dia sedaya upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab itulah dia meminta nasihat dari Rasulullah S.A.W.
Dalam perjalanan pulang dari menemui Rasulullah S.A.W. lelaki itu berkata di dalam hatinya :
"Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu."

Maka setiap kali hatinya terdorong untk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek.
"Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh Rasulullah. Sanggupkah engkau berbohong kepadanya" bisik hati kecil. Setiap kali dia berniat hendak berbuat jahat, maka dia teringat segala pesan Rasulullah S.A.W. dan setiap kali pulalah hatinya berkata :
"Kalau aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah mengkhianati janjiku padanya. Sebaliknya jika aku berberbicara benar bererti aku akan menerima hukuman sebagai orang Islam. Oh Tuhan....sesungguhnya di dalam pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah yang sangat berharga."

Setelah dia berjuang dengan hawa nafsunya itu, akhirnya lelaki itu berjaya di dalam perjuangannya menentang kehendak nalurinya. Menurut hadis itu lagi, sejak dari hari itu bermula babak baru dalam hidupnya. Dia telah berhijrah dari kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yang digariskan oleh Rasulullah S.A.W. Hingga ke akhirnya dia telah berubah menjadi mukmin yang soleh dan mulia.

Wednesday, May 13, 2009

BERKASIH SAYANG......

RENUNGAN

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja. Kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja. Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.
Jika kamu menadah air biarlah berpada, Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang. Sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi.
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya.
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan dan berkhasiat. Mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu dan mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak kamu akan kehilangannya dan apabila dia menjadi milik orang lain kamu juga yang akan menyesal.
“apabila dia pergi barulah kita tahu bahawa ia bernilai utk kita”

Adaptasi dari teks : Mohammad Alinor Abdul Kadir:
trimas

Monday, May 11, 2009

JANIS ABDULLAH

TERUSKAN PERJUANGAN

Lewat hembusan ini dipuput,teringat saya dengan satu ikatan yang makin lusuh dikunyah masa.Lama, masa telah merasa sua yang tidak lagi kerap seperti dulu.Dalam benakpun sering terguggah dan tertanya,kenapa agaknya.Saya hanya mengambil yang biasa dibicarakan tanpa bias kepada prasangka,kesibukan....

Ingatan ini begitu mesra dalam kejap,dan sering terbelenggu pertanyaan bila agaknya bertemu dengan beliau.Akhirnya,tinta ini menuturkan urutan-urutan kehilangan yang lama maka saya bisikkan....,TERUSKAN PERJUANGAN BUAT JANIS ABDULLAH.

Sesudah lama begini,sayapun dah tak tahu perjalanan seterusnya.Tetapi kami di sini sering mendoakan agar ada satu sinar cahaya yang akan tetap berkilau suatu masa nanti.Walaupun masa lalu,begitu lekat di hati tetapi sebagai insan biasa itulah kita.Kata orang "Jika betul perhitungannya...maka jadi mulialah dia mengalahkan Malaikat"

Dengar khabar yang tidak begitu akrab,USIA Tambunan semakin laju berjalan.Apakah ini hasil dari tangan pejuang Janis atau kebetulan.Saya mengenali ramai pelopor di sana,Saudara Jumain Jikah,Saudara Azmi Sidik (Sekadar menyebut beberapa nama) tapi apa jitu,kalau bukan kita siapa lagi.

Tak perlu jemu mendendangkan ungkapan,tak perlu jenu menyumbangkan sumbangan kerana semua itu pasti mendapat balasan,walau buka didepan mata tetapi cukuplah jika ada ole-ole dibawa pergi.

Sekali lagi,
teruskan perjuangan.Sebagai orang pejuang,dia tidak berhenti selagi bernafas.Tiada yang lebih indah di maya ini melain ukiran sebuah nama dan nama itu kita dirikan atas budi pada agama.

Satu masa khabarkan berita gembira bahawa kita sudah menakluk merhain untuk seribu tahun akan datang.Atau paling tidakpun generasi kita tidak ketandusan bicara bila berhimpun di gelanggang pada zamannya.Pastilah ini akan menjadi total dan molek kepada pewarisnya.

Wassalam...

Sunday, May 10, 2009

SEMINAR PENGURUSAN HAL EHWAL PELAJAR DAN PIBG

OLEH UNISEL

Kg.Bayangan,Keningau

Hari ini 10 Mei 2009 saya dan beberapa rakan menghadiri Seminar Kecemerlangan Pelajar dan PIBG anjuran Siswa Siswi Unisel di Kg Bayangan,sebuah desa yang telah diangkat darjatnya ke satu peringkat singgasana.Wajar dan tepat Bayangan dijadikan Kampung terbilang di Negara ini.

Hari ini juga inilah kali pertama bertemu dengan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Sabah yang baru,saudara Azman Hj Roslan.Walaupun tak jauh dengan beliau tetapi pertemuan ini adalah yang pertama sejak beliau diangkat sebagai Pemimpin Pemuda Sabah.

Sempat juga lafazkan ucapan Tahniah.Rasanya belum lambat lagi tetapi ianya ikhlas sebagaimana keikhlasan persahabatan zaman kanak-kanak dahulu.

Sebagai insan berjiwa pejuang dan mengenang jasa pendidik,wajarlah beliau mengangkat martabat mereka ke satu tahap sokongan jitu.Katanya,"Pergerakan Pemuda UMNO Sabah menyokong penuh perjuangan Pendidik di Negara ini dan itu sesuatu yang wajar."

Beliau juga telah memberi jaminan,Pergerakan yang beliau pimpin akan berbuat apa saja yang termampu dalam menjayakan perancangan pendidikan sama ada di Pedalaman Keningau atau di Negeri ini.

"Kita akan memberi sokongan penuh atas apa yang akan dilakukan oleh warga pendidik sama ada di Keningau atau di seluruh Negeri.Kita akan bantu dalam apa juga yang termampu.Kita akan memberi sumbangan yang wajar dan kita akan sentiasa bersama demi untuk genarasi akan datang"

Nampak gaya,beliau bersungguh dalam rangkaian bicaranya.Itu yang kita harapkan.Cuma ingatan dari seorang sahabat,jangan saja ini menjadi SIARAN tetapi jelmakannya kepada SINARAN agar harum di halwa umum.

Kesimpulan dari apa yang diperolehi di SEMINAR PENGURUSAN HAL EHWAL PELAJAR DAN PIBG,adalah tawar dan tidak sampai kepada puncaknya.Ianya lebih kepada pembentangan masalah berbanding penyelesaian secara total.

Tahniah kepada PPD Tambunan Cikgu Kaipin.Saya melihat beliau telah labuhkan tirai seminar ini dengan baik,cuma sayangnya tak ada nota dibekalkan.

Secara keseluruhannya saya menghargai Seminar ini.Walaupun banyak sudut yang perlu dibaiki tetapi inilah satu usaha yang wajar dan perlu diteruskan.

TERIMA KASIH Kepada Siswa-siswi Unisel,jumpa lagi pada lemberan akan datang...

SELAMAT BERJUANG...